Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    UNISSA anjur pameran produk halal

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan UNISSA

    TUTONG, 10 NOV – Sebanyak 54 projek pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah diketengahkan dalam Halal Product Innovation Showcase 2022 yang berlangsung selama dua hari pada 7 dan 8 November di UNISSA, Kampus Sinaut, Daerah Tutong, baru-baru ini.

    Perasmian acara anjuran UNISSA melalui Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) dengan kerjasama Fakulti Pertanian itu telah disempurnakan oleh Pengarah PPHT, Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim selaku pengerusi pameran.

    Dalam ucapan perasmiannya, Pengiran Dr Hajah Norkhairiah menekankan bahawa pameran berkenaan menjurus ke arah menyediakan platform kepada pelajar untuk mempamerkan produk, projek dan kreativiti serta idea inovatif mereka kepada orang ramai.

    Daripada 54 projek berkenaan, 12 produk halal inovatif telah dipamerkan oleh pelajar kursus modul Objective of Islamic in Halal Industry; lapan projek daripada pelajar kursus modul Logistik Halal; 11 projek daripada pelajar kursus modul Halal Consumerism; 12 projek daripada pelajar kursus modul Introduction to the Science of Halalan Thayyiban; 10 projek daripada modul Philosophy of Halalan Thayyiban; dan satu projek diketengahkan oleh pelajar Fakulti Pertanian.

    Menerusi pameran berkenaan, ia dihasratkan akan menjadi acara tahunan yang dianjurkan oleh PPHT untuk meraikan pencapaian pelajar dengan menonjolkan projek mereka yang berkualiti.

    Turut hadir menyaksikan pameran berkenaan ialah pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi, sekolah menengah dan rendah serta kakitangan dan pelajar universiti.

    Antara aktiviti yang dijalankan oleh pelajar Fakulti Pertanian bagi para pengunjung pameran tersebut.
    Salah satu produk halal inovatif berkonsepkan karya komik yang diketengahkan oleh sekumpulan pelajar semasa berlangsungnya pameran tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...