Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    UNISSA bakal miliki kampus kekal

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bakal memiliki kampus kekalnya sendiri yang terletak di Kampung Piasau-Piasau, Mukim Labu, Daerah Temburong.

    Sehubungan itu, majlis Doa Selamat bagi memulakan projek kerja-kerja tanah dan infrastruktur kampus kekal tersebut telah diadakan di tapak projek berkenaan pagi tadi. 

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Projek kerja-kerja tanah dan infrastruktur kampus kekal UNISSA telah pun bermula pada 7 Mei 2022 oleh Thong & Thong Sdn Bhd selaku kontraktor yang dilantik dan dijangka siap pada 6 Mei 2024 (tempoh selama 24 bulan) di atas tapak projek seluas 310 hektar dengan harga projek berjumlah $33,976,353.19.

    Projek bernilai $100 juta, yang termasuk dalam pelan Rancangan Kemajuan Negara ke-11 (RKN11), itu mengandungi bangunan kampus yang lengkap terdiri daripada masjid, bangunan pentadbiran, bangunan akademik, auditorium, kolej kediaman, pusat pelajar, kafeteria, dewan serba guna dan kompleks sukan serta dianggarkan mampu menampung 2,000 orang pelajar apabila siap nanti.

    Dengan terbinanya kampus kekal UNISSA itu nanti, ia diharapkan akan menjadi mercu tanda bagi perkembangan syiar Islam khasnya sebagai sebuah universiti Islam tulen dan menjadi hab bagi pusat pengajian tinggi Islam di rantau ini.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr Shamsiah  Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin; Rektor UNISSA,  Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, naib-naib canselor universiti, timbalan setiausaha-setiausaha tetap di Kementerian Pendidikan, pemangku pegawai Daerah Temburong, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan, pegawai-pegawai eksekutif dan pegawai-pegawai utama UNISSA.

    Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah semasa meninjau lebih dekat projek yang dilaksanakan pada majlis yang berlangsung di tapak Kampung Piasau-Piasau, Mukim Labu, Daerah Temburong, kelmarin.
    Doa dibacakan bagi memberkati majlis.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...