Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    UNISSA buka pendaftaran Program Diploma Daie sesi 2022/2023

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat telah membukakan pendaftaran bagi Program Diploma Kebangsaan Daie dan Kepimpinan, sesi 2022/2023 untuk separuh masa.

    Sehubungan itu, pihak UNISSA mengalu-alukan penyertaan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan atau bukan kerajaan serta orang ramai yang berminat untuk menyertai program ini.

    Orang ramai yang ingin mendaftar boleh melayari pautan http://www.unissa.edu.bn/application/national-diploma-daie-and-leadership-programme/ atau dengan menghantar e-mel ke C4L@unissa.edu.bn. Tarikh akhir pendaftaran telah dilanjutkan sehingga 20 April 2022.

    Untuk keterangan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 2462000 sambungan 202/204, WhatsApp 8254374 atau e-mel C4L@unissa.edu.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...