UNISSA hadiri AICIF ke-7 di Indonesia

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) dengan kerjasama enam buah universiti ASEAN telah menganjurkan Persidangan Kewangan Islam Universiti-universiti ASEAN (AICIF) ke-7 yang berlangsung selama dua hari di Universitas Darussalam Gontor, Indonesia, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan UNISSA, AICIF merupakan persidangan kerjasama tahunan yang dianjurkan oleh tujuh buah universiti ASEAN secara bergilir-gilir.

Universiti yang terlibat ialah Universiti Islam Antarabang-sa Malaysia (UIAM), Malaysia; Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta (UIN SUKA), Indonesia; Universitas Islam Sultan Agung Semarang (UNISSULA), Indonesia; Universitas Darussalam Gontor (UNIDA), Indonesia; Institut Agama Islam Tazkia Bogor, Indonesia; UNISSA, Brunei dan Mindanao State University (MSU), Filipina.

Pada tahun ini, UNIDA Gontor Indonesia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah AICIF ke-7 dengan tema Revival of Islamic Social Finance to Strengthen Economics Development Towards a Global Industrial Revolution.

Lima kertas kerja utama telah dibentangkan dalam dua sesi planeri dan 98 buah kertas kerja terpilih dibentangkan dalam beberapa sesi selari.

Kertas kerja yang dibentangkan meliputi empat kategori utama iaitu Kewangan Sosial Islam, Ekonomi Islam, Perbankan, Kewangan dan Pasaran Modal Islam, Pe-ngurusan dan Fintek Islam.

Delegasi UNISSA telah diketuai oleh Dekan FEKIm, Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani dan melibatkan lima peserta yang membentangkan kertas kerja iaitu Dr Muhd Zaki bin Haji Zaini; Awang Muhd Khairul Hidayatullah bin Haji Basir; Profesor Madya Dr Haji Abdurrahman Raden Aji Haqqi; Hajah Nurul Nabilah binti Haji Ali dan seorang mahasiswa Program Ijazah Doktor Falsafah Kewangan Islam FEKIm iaitu Haji Suhaili bin Haji Momin.

AICIF akan terus menjadi platform penting dalam memperkukuhkan hubungan kerjasama akademik dan penyelidikan antara UNISSA dengan universiti-universiti negara ASEAN yang mempunyai kepentingan yang sama di samping mengembang luas, memperdalami dan mencari penyelesaian isu-isu kontem-porari yang dihadapi oleh dunia sejagat khasnya yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan Islam.

Bagi tujuan tersebut, ahli Majlis AICIF dalam sesi mesyuarat eksekutif yang diadakan pada hari kedua persidangan, 4 Disember, telah sebulat suara bersetuju untuk mengembangkan keanggotaan ahlinya ke negara ASEAN lain seperti Singapura dan Thailand.

Dr Abdul Nasir bersama lima orang peserta dari UNISSA. – Gambar daripada UNISSA