BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat menawarkan Program Khidmat Akademik secara percuma kepada orang ramai.
Program ini akan diadakan pada 1 Mei bermula 8:30 hingga 10 pagi melalui secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. Program tersebut akan diisi dengan sesi kuliah bertajuk ‘Keberkatan Halalan Thayyiban’ yang akan disampaikan oleh Pengarah di Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, UNISSA, Pengiran Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji HashimProgram tersebut diadakan adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat awam memperoleh ilmu pengetahuan asas terhadap bidang ilmu yang disampaikan.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA atau melayari laman sesawang UNISSA.