Oleh Siti Nur Wasimah S.
Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Sebanyak 30 naskhah baru dalam pelbagai bidang terbitan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah dilancarkan bersempena Majlis Perasmian Mahrajan Hafl Al-Takharruj ke-7 UNISSA di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, di sini, hari ini.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Pro-Canselor UNISSA telah berkenan menyempurnakan pelancaran naskhah-naskhah tersebut.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 25 naskhah adalah buku iaitu 12 dalam Bahasa Melayu, 10 dalam Bahasa Arab dan tiga dalam Bahasa Inggeris, manakala empat lagi terbitan adalah jurnal dan sebuah Monograf Bersiri al-Shafi’i.
Buku-buku yang telah diterbitkan adalah berjudul ‘Ketokohan dan Sumbangan Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr) Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz Dalam Bidang Ilmu dan Pendidikan Agama (Edisi Kedua)’, ‘Wacana Peradaban dan Pemikiran Islam: Interaksi dan Sumbangan Nusa Bangsa’, ‘Islam Di Borneo, Perspektif Ekonomi, Halal dan Pendidikan’, ‘Perjalanan ke Makkah: Historiografi Haji Brunei Darussalam’, ‘Kognisi, Isu-isu Pengurusan dalam Pendidikan’, ‘Membuat Penyelidikan dengan Mudah’, ‘Muflis dalam Pandangan Mazhab Al-Shafi’i: Teori dan Praktikal Di Negara Brunei Darussalam’, ‘Syi’ah dan Pengaruhnya Di Alam Melayu’, ‘Imam Al-Shafi’i dan Mazhabnya Di Negara Brunei Darussalam’, ‘Penyebaran Mazhab Shafi’i dan Hubungannya dengan Sistem Pendidikan Islam di Negara Brunei Darussalam-Masalah dan Cabaran’, ‘Tempoh Haid Terkini Di Negara Brunei Darussalam’, ‘Pemedulian Masyarakat Brunei Terhadap Bacaan Surah Al-Fatihah’ (Versi Bahasa Melayu), ‘Studies in World Religions: An Introduction to Monotheistic Traditions’ (Second Edition) ‘The Golden Islamic Heritage of Brunei Darussalam’ dan ‘Deposit Withdrawal Behavior in Islamic Banking’.
Selain itu, ‘Jurnal Unissa Volume 5’, ‘Al-Shafi’i Journal Volume 3’, ‘Al-Shafi’i Journal Volume 4’, ‘Al-Shafi’i Journal Volume 5’, ‘Jarimah al-Tala’ub fi al-Bursah al-Masriyyah’, ‘al-Tashyi’: Nasha’atuhu wa Tatawuruhu fi Zilli al-Zarf al-Siyasiyah wa al-Ijtima’iyyah’, ‘Rad Iftiraat Shi’i Ta’lif al-Sultan Abi Hamu Musa bin Yusuf al-Zayani ‘Ala Imam al-Bukhari wa Jami’uhu al-Sahih’, ‘Wasitah al-Suluk fi Siyasah al-Muluk al-Tilmisani 723H-791H Dirasah wa Tahqiq’, ‘Zayf ‘Ulum al-Qur’an fi al-Da’wah-‘Ilm al-Makki wa-al-Madani Namuzajan Ru’yah Tahliliyyah Naqdiyah Tatwiriyah’, ‘Falsafah al-Zat fi Shi’ri Muhamad Iqbal’, ‘Al-Qira’atul al-‘Arabiyyah li al-Natiqin Bigairiha al-Mustawa al-Mutaqaddim’, ‘al-Shaykh Mustafa al-‘Usaili wa Juhuduhu al-Nahwiyyah fi al-Difa’ ‘an Kalimah al-Tawhid wa Zikr Allah ma’a Tahqiq Kitab al-Sultan al-Muhasir al-Mahi li Kitab I’lam al-Nahwiyyin al-Mulahi’, ‘Nusus Hiwariyyah Min Qisas al-Qur’an al-Karim Murtabitatun Bifidiuhat wa Muzawwadatun bi Tadribat Wafiah’, dan ‘al-Lughah al-‘Arabiyyah li al-Natiqin Bighayriha Qawa’id Wazifiyyah wa Tatbiqat ‘Amaliyyah li Talabah al-Dirasah al-‘Ulya’.
Antara buku yang menarik termasuk buku hasil tulisan Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, berjudul ‘Perjalanan Ke Makkah: Histriografi Haji Brunei Darussalam’ yang memaparkan sejarah perkembangan haji dan jemaah haji Brunei Darussalam, merangkumi sejarah perjalanan, pengurusan, adat resam dan budaya orang-orang Brunei ketika menunaikan ibadah haji. Buku ini juga membicarakan tentang karakteristik dan keramaian jemaah haji Brunei mengikut catatan yang ada serta cabaran-cabaran semasa.
Buku ‘Islam di Borneo, Perspektif Ekonomi, Halal dan Pendidikan’ pula membincangkan tentang perkembangan pendidikan Islam di Pulau Borneo yang merangkumi perbahasan berkaitan isu pengislaman ilmu pendidikan dan perkembangan pendidikan pra-sekolah.
Ia juga mengetengahkan perbincangan berkenaan usaha merelisasikan negara zikir melalui media cetak dan elektonik serta pengambatan budaya kerja yang cemerlang dalam organisasi menurut perpektif Islam.
Manalala itu, buku ‘Muflis dalam Pandangan Mazhab Al-Shafi’i: Teori dan Praktikal di Negara Brunei Darussalam’ hasil tulisan salah seorang staf akademik UNISSA, memfokuskan kepada statistik muflis yang telah disabitkan di Mahkamah Brunei Darussalam. Buku ini memberi penjelasan lebih terperinci mengenai isu muflis dalam kalangan masyarakat Brunei.
‘Deposit Withdrawal Behavior In Islamic Banking’, hasil tulisan salah seorang staf akademik dari Universiti Brunei Darussalam, pula mengupas tentang penyebab di sebalik pengeluaran wang dari bank Islam. Faktor seperti bank tidak mengikut syariah dan pulangan modal yang rendah juga dibincangkan dalam buku ini.
Buku-buku terbitan ini dihasratkan menjadi bahan ilmiah dan sumber rujukan kepada masyarakat awam khususnya para pengkaji bidang akademik. Buku-buku berkenaan adalah hasil penulisan dan penyelidikan pensyarah UNISSA dan ahli akademik dari luar yang akan memperkaya lagi bahan bacaan para pelajar dan masyarakat awam.