Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    UNISSA lantik MPP baharu

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan UNISSA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mengadakan Majlis Pelantikan dan Watikah bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk sesi 2021/2022 yang berlangsung di Seasons Restaurant, Gadong, baru-baru ini.

    Hadir bagi menyaksikan majlis yang diselajurkan dengan acara penghargaan bagi MPP sesi 2020/2021 itu ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal yang sekali gus menyampaikan amanat antaranya mengungkapkan harapan agar MPP akan berusaha dalam menghayati tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

    Di samping itu, beliau juga menekankan para pelajar yang diamanahkan itu mestilah sentiasa bersifat amanah, tabligh dan fatanah dalam diri serta mampu menyeimbangkan antara bidang akademik dan persatuan.

    Dalam kesempatan itu, beliau tidak lupa merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada mantan MPP atas usaha dan komitmen yang telah diberikan selama menggalas tanggungjawab mereka sebagai perwakilan pelajar.

    Sehubungan itu, majlis berkenaan telah menyaksikan pelantikan tujuh orang pelajar selaku ahli Jawatankuasa Tertinggi MPP dan 11 orang pula sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif MPP sepanjang pengajian sesi 2021/2022 ini. Manakala mahasiswa Tahun 2 daripada Program Sarjana Muda Bahasa Arab, Awang Abdul Shafiq bin Roszani telah dilantik sebagai yang dipertua MPP bagi sesi berkenaan.

    Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum diteruskan dengan ucapan alu-aluan disampaikan oleh Dekan Pelajar UNISSA, Dr Supri bin Haji Sudin dan diikuti dengan amanat tetamu kehormat.

    Kemudian acara kemuncak diteruskan dengan penyampaian surat lantikan dan sijil penghargaan kepada yang diraikan yang merupakan antara pengisian akhir majlis tersebut.

    Majlis Pelantikan dan Watikah bagi MPP UNISSA sesi 2021/2022 diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama hadirin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...