Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    UNISSA mantapkan pengajaran dan pembelajaran

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan UNISSA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Dengan hasrat untuk memacu transformasi pendidikan tinggi yang holistik, berstruktur dan strategik, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Bengkel Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran menerusi Penjajaran Konstruktif (CA) dan Model Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) Siri Pertama, baru-baru ini.

    Bengkel yang dikendalikan oleh Pejabat Pengurusan Akademik (OAM), Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Unit Pembangunan Profesional di bawah Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) dan Fakulti Teknologi Islam (FTI), UNISSA telah disertai oleh seramai 98 orang pensyarah fakulti dan pusat termasuk dekan, timbalan dekan, ketua program sarjana muda dan sarjana.

    Bengkel dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Penolong Rektor UNISSA, yang memegang portfolio akademik, Profesor Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad.

    Semasa bengkel itu, Dekan FIT, Dr Hajah Tiawa binti Haji Hamid dan Ketua Program, Profesor Dr Haji Abdul Hafidz bin Haji Omar telah berkongsi pelbagai maklumat.

    Dalam pada itu, latihan amali turut diberikan di mana setiap staf akademik digalakkan menghasilkan, menghalusi dan menambah baik semua kursus dalam talian bagi setiap kursus dalam semua program yang ditawarkan di fakulti dan pusat di UNISSA.

    Dr Haji Norarfan menyampaikan hadiah kepada pembentang terbaik.
    Dr Haji Norarfan bergambar ramai bersama tenaga pengajar UNISSA yang menyertai bengkel tersebut.

    Ia adalah bagi menitikberatkan nilai-nilai kualiti sehingga mampu meningkatkan amalan secara berterusan yang akan dibuat setiap tahun.

    Di samping itu, bengkel berkenaan juga berpeluang untuk memberi Latihan Training of Trainers (ToT) bagi perkongsian kepakaran pengetahuan dan kemahiran kepada para pensyarah dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P).

    Penerapan aspek-aspek asas pengajaran kepada pensyarah berkenaan diharapkan menjadi usaha berterusan untuk mencapai tahap profesional dalam bidang pengajaran yang disegani dan dihormati.

    Bengkel diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pembentang terbaik bagi sesi pembentangan bengkel pemantapan kursus dalam talian berasaskan OBE dan CA dalam kalangan pensyarah yang disempurnakan oleh Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

    Menurut UNISSA, bengkel bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan kefahaman staf akademik tentang kepentingan CA dan OBE dalam P&P yang bermula daripada memurnikan Program Learning Outcome (PLO), Course Learning Outcome (CLO) dan Unit Learning Outcome (ULO).

    Ia juga bertujuan untuk menyemak secara sistematik aktiviti P&P, menyemak semula Student Learning Time (SLT) dan penilaian kursus supaya selaras dengan hasil pembelajaran yang diharapkan dalam melahirkan atribut UNISSA menerusi Program Education Outcome iaitu pemantauan tiga hingga lima tahun setelah tamat menjalani program di UNISSA.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...