Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    UNISSA mulakan majlis dikir 12 malam

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan UNISSA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan dibantu oleh Unit Keugamaan dan Takmir Surau MPP telah memulakan Majlis Berdikir 12 Malam sempena memperingati hari kelahiran Baginda Rasulullah SAW dengan majlis pembukaan di Surau Al-Syafi’i, UNISSA, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.
    Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh pelajar Tahun 2 dari Fakulti Usuluddin (Tahfiz dan Qiraat), Awang Muhammad Ekram ‘Afif bin Haji Awang Mohd Hanafi

    Ia diikuti dengan laungan dikir beramai-ramai mulai dengan Dikir Assalamualaika. Selesai sembahyang fardu Isyak berjemaah, majlis disambung dengan Dikir Asyrakal dan bacaan doa.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegawai-pegawai utama, tenaga akademik, pegawai-pegawai dan kakitangan serta mahasiswa UNISSA.

    Majlis merupakan salah satu acara kebesaran Islam di samping mengharapkan syafaat Baginda dan keberkatan dari Allah SWT.

    Dr Haji Norarfan semasa menghadiri Majlis Berdikir 12 Malam sempena memperingati hari kelahiran Nabi Muhamad SAW dengan majlis pembukaan di Surau Al-Syafi’i, UNISSA, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...