Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    UNISSA Press sertai PBAKL

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Dalam usaha memperkenalkan buku-buku ilmiah terbitannya, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi UNISSA Press buat julung kalinya menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang berlangsung selama 10 hari bermula 3 Jun lalu di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, Malaysia.

    Mengetuai rombongan bagi mewakili UNISSA Press di PBAKL ialah Pemangku Pengarah, Pusat Penyelidikan dan Penerbitan (PPP), UNISSA, Dayang Salwani binti Sabtu yang turut disertai oleh tiga orang pegawai dan kakitangan dari PPP.

    PBAKL pada tahun ini merupakan penganjuran kali ke-39 yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 4 Jun lalu.

    PBAKL 2022 kembali setelah acara tahunan itu terhenti sejak 2020 akibat penularan pandemik COVID yang melanda seluruh dunia.

    Ia menghimpunkan lebih 154 pempamer buku dari dalam dan luar negara termasuk Negara Brunei Darussalam, yang mana UNISSA Press adalah satu-satunya pempamer dari negara ini.

    Antara kakitangan yang hadir pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...