Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    UNISSA rai Hari Kebangsaan ke-38

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan majlis Doa Kesyukuran secara hibrid di Surau Al-Syafi’i, UNISSA dan melalui aplikasi Zoom, baru-baru ini.

    Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu, di mana turut hadir ialah pegawai-pegawai utama, tenaga akademik, pegawai dan kakitangan serta mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh pelajar Tahun 1, Awang Muhammad Ekram ‘Afif bin Haji Awang Mohd Hanafi dari Fakulti Usuluddin.

    Manakala itu, sembahyang Hajat, bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran pula dipimpin oleh Pegawai Ugama UNISSA, Pengiran Mohammad Daud bin Pengiran Matassan dan majlis diakhiri dengan sembahyang fardu Isyak berjemaah.

    Antara lain tujuan majlis itu adalah bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 dengan aktiviti keagamaan, memupuk rasa patriotisme dalam kalangan warga UNISSA di samping meraih keberkatan daripada majlis berkenaan.

    Dr Haji Norarfan hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan secara hibrid berkenaan. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...