Oleh Syahmi Hassan
Gambar serahan UNISSA
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Khidmat Masyarakat, Unit Kokurikulum, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, baru-baru ini, telah menjalankan inisiatif dengan melibatkan seramai lebih kurang 50 pelajar UNISSA dalam membantu Sukarelawan Belia di Pusat Belia di ibu negara.
Penglibatan pelajar UNISSA tersebut bertujuan untuk membantu pihak kerajaan dalam membendung penularan COVID bagi mempercepatkan lagi proses pengagihan bantuan kepada keluarga yang terlibat.
Projek itu juga memberikan pengalaman berharga kepada pelajar di samping dapat mengeratkan silaturahim sesama belia dan memupuk nilai-nilai positif.
Inisiatif berkenaan akan diteruskan secara mingguan dan berkala agar sifat tolong-menolong dan sanggup berkorban tertanam dalam jiwa pelajar demi kepentingan kehidupan yang lebih berkualiti.