Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    UNISSA tandatangani MoU dengan UMA

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mempergiatkan lagi usaha menjalinkan jaringan hubungan kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi Republik Indonesia secara dalam talian dengan majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara UNISSA dan Universitas Medan Area (UMA), Indonesia yang diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh UNISSA, di sini, menyatakan bahawa menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, manakala bagi pihak UMA, Indonesia ditandatangani oleh rektor universiti berkenaan, Profesor Dr Dadan Ramdan.

    Turut hadir menyaksikan penandatangan MoU berkenaan ialah pemangku timbalan rektor UNISSA, penolong-penolong rektor UNISSA, pegawai-pegawai utama daripada ke dua-dua universiti berkenaan.

    Dalam ucapan alu-aluan, Profesor Dr Dadan Ramdan menjelaskan bahawa dengan penandatanganan MoU itu, akan dapat mengembangkan dan menyebarluaskan lagi ilmu pengetahuan serta kepakaran yang dimiliki oleh setiap universiti.

    Pengkajian dan penelitian dalam bidang akademik akan dapat dimanfaatkan bersama dalam menghasilkan lulusan yang inovatif dan profesional.

    Sementara itu, Dr Haji Norarfan dalam ucapan hormat menyambut baik atas kepercayaan dan kesudian pihak UMA untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan UNISSA. Jalinan kerjasama itu merupakan platform untuk memperkembangkan syiar Islam di peringkat Nusantara dan juga antarabangsa.

    Penandatanganan MoU berkenaan juga akan dilaksanakan dalam bentuk kegiatan pertukaran pelajar, pertukaran tenaga akademik dan aktiviti-aktiviti kolaborasi seminar, penyelidikan dan penerbitan.

    UNISSA mengharapkan dukungan dan bantuan UMA untuk mengembangkan kerjasama khususnya dalam bidang teknologi, pertanian dan kewangan Islam.

    UNISSA dan UMA, Indonesia menandatangani MoU yang diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...