Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    UNISSA tawar Program Tadabbur Al-Quran

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 FEB – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan kerjasama Fakulti Usuluddin menawarkan Program Tadabbur Al-Quran untuk orang ramai bagi sesi Mac 2022 secara dalam talian.

    Program Tadabbur Al-Quran bagi sesi ini akan diadakan bermula 13 Mac selama enam minggu.

    Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk membimbing masyarakat awam dalam memberikan kefahaman dan penghayatan kepada Al-Quran melalui rujukan dan kitab-kitab tafsir yang muktabar.

    Orang ramai yang ingin mendaftar boleh melayari https://bit.ly/PTQC4L, dengan tarikh tutup pendaftaran pada 19 Februari, jam 4:30 petang.

    Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA.

    UNISSA menawarkan Program Tadabbur Al-Quran secara dalam talian.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...