Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    UNISSA tawarkan webinar percuma

    Oleh Nurdiyanah R

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat menawarkan Program Khidmat Akademik secara percuma kepada orang ramai menerusi aplikasi Zoom, pada 4 Jun ini.

    Program tersebut akan disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, UNISSA, Dr Zeiad Amjad Abdul Razzak dengan webinar bertajuk ‘Halal Slaughter and Animal Welfare’, yang akan berlangsung selama sejam setengah bermula sekitar 9:30 pagi.

    Webinar berkenaan bertujuan sebagai salah satu kegiatan tanggungjawab sosial bagi tenaga akademik dalam berkongsi pengalaman dan pandangan ilmiah bersama masyarakat awam.

    UNISSA berharap dengan program tersebut dijalankan, institusi tersebut akan dikenali sebagai sebuah universiti Islam yang menawarkan pelbagai program yang boleh disertai oleh masyarakat awam.

    Orang ramai yang ingin mengikuti program berkenaan dikehendaki untuk melayari pautan di https://us06web.zoom.us/j/88632409222 dengan kod laluan: UNISSA. Bagi sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program berkenaan, orang ramai boleh menghubungi talian 2462000 sambungan 204 atau 202, ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar email ke C4L@unissa.edu.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...