Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNISSA terima kunjungan rombongan UPM

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Okt – Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), baru-baru ini telah menerima lawatan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang disertai oleh Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal UPM, Profesor Madya Dr. Nitty Hirawaty Kamarulzaman dan Ketua Laboratori Perkhidmatan Halal UPM, Profesor Madya Dr. Yus Aniza Yusof.

    Mengalu-alukan kedatangan rombongan tersebut ialah Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohamed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Pengarah PPHT, Profesor Madya Dr. Nurdeng Deuraseh serta felo-felo penyelidik.

    Menurut kenyataan UNISSA, tujuan lawatan adalah bagi mewujudkan kerjasama akademik, penyelidikan dan khidmat profesional serta perbincangan khusus berkaitan penyambungan memorandum persefahaman (MoU) di antara kedua-dua buah institusi.

    Dr. Haji Mohamed Hussain bergambar ramai bersama rombongan dari UPM serta warga UNISSA.

    Hasil daripada perbincangan dan lawatan ini, UNISSA berjaya membuktikan keunggulannya sebagai universiti Islam di Negara Brunei Darussalam untuk diterima bekerjasama dengan UPM yang merupakan salah sebuah universiti penyelidikan terunggul di Malaysia.

    UNISSA dan UPM juga bersetuju meneruskan MoU di mana dalam perbincangan tersebut ada menyatakan mengenai jenis program yang akan dilaksanakan antaranya ialah pertukaran pelajar, program ‘staff mobility’, menerbitkan jurnal halal, kerjasama penyelidikan serta mengadakan seminar dan kursus latihan yang menjurus kepada industri halal.

    Melalui lawatan serta perbincangan itu juga akan membuka lagi langkah UNISSA umumnya dan PPHT khasnya sebagai platform untuk melahirkan graduan yang akan menyumbang kepada pengembangan industri halal di Negara Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda