Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNISSA terima sumbangan buku

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), hari ini, telah menerima sebanyak 38 buah buku yang disumbangan oleh Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar.

    Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh Tuan Yang Terutama kepada Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal semasa perjumpaan yang diadakan di Pejabat Rektor UNISSA.

    Buku-buku berkenaan meliputi pelbagai topik seperti kebudayaan, politik, ekonomi, sejarah, tokoh-tokoh terkenal serta beberapa buku akademik.

    Dr Haji Norarfan menyampaikan penghargaannya kepada Tuan Yang Terutama atas sumbangan tersebut yang dapat membantu Perpustakaan UNISSA dalam menambah lagi bahan bacaan dan koleksi sebagai rujukan kepada orang ramai khususnya para mahasiswa UNISSA.

    Perjumpaan berkenaan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama dua hala antara UNISSA dan Suruhanjaya Tinggi India di samping akan mengadakan program-program ilmiah yang merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam mengukuhkan hubungan antara Negara Brunei Darussalam dan India.

    Setakat ini, UNISSA telah mempunyai hubungan dua hala pendidikan dengan enam buah universiti ternama di India melalui penandatanganan memorandum persefahaman (MoU).

    Majlis dihadiri sama oleh Timbalan Rektor UNISSA, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.

    TYT Ajaneesh Kumar ketika menyerahkan sumbangan buku kepada Dr Haji Norarfan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda