Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNISSA, Universiti Syria jalin kerjasama

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jan – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus bergiat aktif menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi luar negara melalui penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) dengan Bilad Al-Syam University (BSU), Syria dalam usaha meningkatkan reputasi di arena antarabangsa.

    Majlis penandatanganan MoU berkenaan telah berlangsung di Bilik Senat UNISSA, di sini, hari ini, di mana menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal manakala itu, pihak BSU, Syria pula diwakili oleh Rektor universiti berkenaan, Profesor Dr. Husameddin Farfour.

    UNISSA dalam kenyataannya menjelaskan, BSU merupakan sebuah pengajian tinggi yang terletak di Damsyik, Syria yang telah dinaik taraf kepada universiti dan merupakan institusi daripada cawangan Kampus Islam Al-Fatih.

    Dr. Haji Norarfan dan Profesor Dr. Husameddin Farfour bergambar ramai bersama warga UNISSA dan BSU.
    Dr. Haji Norarfan dan Profesor Dr. Husameddin Farfour bergambar ramai bersama warga UNISSA dan BSU.

    Sebelum upacara penandatanganan MoU, Dr. Haji Norarfan mengalu-alukan kedatangan delegasi dengan harapan penandatanganan MoU yang termeterai akan dapat menjalinkan lagi hubungan persefahaman antara dua pihak khususnya dalam bidang akademik dan penyelidikan. Sebagai ucapan balas, menurut kenyataan itu, Profesor Dr. Husameddin turut menyambut baik hasrat untuk bekerjasama dengan UNISSA.

    Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, penolong rektor dan pegawai-pegawai utama, UNISSA.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda