United Airlines kurangkan 16,000 pekerja

NEW YORK, 3 SEPT – United Airlines berkata semalam ia merancang mengurangkan 16,000 pekerja bermula Oktober di tengah kemelesetan industri berlarutan disebabkan koronavirus.

Syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), yang berkata sebelumnya bahawa seramai 36,000 pekerja mungkin ditamatkan perkhidmatan, berkata persaraan awal dan program lain telah mengurangkan keperluan untuk mengadakan pemotongan lebih teruk, namun impak COVID-19 ke atas perjalanan udara masih memerlukan pembuangan pekerja.

Walaupun dengan program sukarelawan dan pemotongan kos lain, penjimatan ‘adalah tidak mencukupi untuk mengelak cuti dari bertugas sepenuhnya,” kata syarikat.

“Hari ini, setiap ketua operasi berkomunikasi dengan pasukan mereka untuk berkongsi berita menyedihkan bahawa kira-kira 16,000 pekerja United akan dihubungi mengenai skim cuti dari bertugas berkuat kuasa seawalnya pada 1 Oktober.”

Pengurangan itu menjejaskan hampir 7,000 orang pramugari dan kira-kira 3,000 juruterbang. – AFP