Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    United Airlines simpan bukti isu penumpang di dalam pesawat

    CHICAGO, 16 April – United Airlines dan Bandar Chicago telah bersetuju untuk memelihara bukti yang diminta untuk tindakan guaman yang berkaitan dengan pengusiran seorang penumpang pada 9 April, kata peguam penumpang semalam.

    Satu pertemuan untuk petisyen dijadual untuk pada minggu depan “tidak akan diadakan,” kata Thomas Demetrio, peguam untuk penumpang David Dao, dalam satu e-mel.

    Demetrio memfail petisyen bagi pihak Dao, doktor warga Vietnam Amerika berusia 69 tahun yang disingkirkan secara ganas oleh pegawai keselamatan penerbangan Chicago daripada satu penerbangan United di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare untuk memberikan ruang kepada anggota krewnya sendiri.

    Dao mengalami konkusi, hidung patah dan kehilangan dua gigi depan, kata peguamnya pada Khamis.

    Naib presiden United Airlines, John Slater, ketika memberi penerangan semasa sesi mesyuarat jawatankuasa Majlis Bandaraya di Chicago pada 13 April 2017. United Airlines dan Bandar Chicago telah bersetuju untuk memelihara bukti yang diminta untuk tindakan guaman yang berkaitan dengan pengusiran seorang penumpang pada 9 April, kata peguam penumpang. – AP

    Video mengenai kejadian berdarah tersebut tersebar dan mencetuskan kemarahan media sosial, di mana ramai orang mengulang satu gesaan untuk memulau syarikat penerbangan itu.

    Menghadapi kemarahan orang awam, United akhirnya meminta maaf dan berjanji kejadian seumpama ini tidak akan berlaku lagi.

    Masih tidak jelas sama ada United akan memilih untuk menyelesaikan kes tersebut atau pergi ke mahkamah. Bandar Chicago juga mungkin disaman, kerana pegawai keselamatan penerbangan digaji oleh bandar. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda