Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    United bakal bertemu Wrexham di jelajah pramusim AS

    LONDON, 28 MAC – Kelab gergasi bola sepak Inggeris, Manchester United akan menentang pasukan bukan liga yang dimiliki oleh dua bintang Hollywood, Wrexham, dalam perlawanan persahabatan San Diego pada 25 Julai, menurut pengumuman kelab kelmarin.

    Ia merupakan perlawanan pertama United dalam jelajah ke Amerika Syarikat (AS), yang diatur untuk membantu kelab itu bersiap sedia untuk musim Liga Perdana Inggeris 2023/24.

    Pasukan Wales Wrexham, yang bermain dalam Liga Kebangsaan peringkat kelima dalam divisyen bola sepak Inggeris, dimiliki oleh pelakon Hollywood Ryan Reynolds dan Rob McElhenney sejak 2020.

    Musim ini, Wrexham berjaya mara ke pusingan keempat Piala FA sebelum tewas kepada pasukan divisyen dua, Sheffield United dalam perlawanan ulangan.

    Kenyataan menyatakan “pasukan tertumpu kepada pemain muda daripada skuad United yang terdiri daripada pemain bakat akademi akan menentang Wrexham AFC pada 25 Julai, sebagai sebahagian daripada perlawanan latihan selama seminggu di San Diego.”

    Pengerusi bersama Wrexham, Rob McElhenney (kiri) dan Ryan Reynolds semasa sidang media di Padang Lumba Kuda, Wrexham, Wales, pada 28 Oktober 2021. – AP

    Pengurus Wrexham Phil, Parkinson menambah, “Kami tidak sabar untuk bermain di AS buat kali pertama dalam sejarah kelab.

    Perlawanan menentang Manchester United pastinya akan menjadi peristiwa yang tidak dapat dilupakan di Stadium Snapdragon, San Diego.”

    Perlawanan menentang United bukanlah satu-satunya perlawanan di AS yang dimainkan oleh Wrexham.

    Bulan lalu kenyataan telah mendedahkan bahawa Wrexham, yang telah mencapai kemasyhuran antarabangsa melalui siri televisyen realiti, akan bermain dalam kejohanan tujuh orang sepasukan untuk memenangi hadiah sebanyak AS$1 juta di North Carolina.

    The Soccer Tournament adalah pertandingan yang menampilkan 32 pasukan dan akan dimainkan dari 1 hingga 4 Jun. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...