United berpesta gol, benam Newcastle

NEWCASTLE UNITED, 18 OKT – Ole Gunnar Solskjaer menegaskan bahawa musim Manchester United ‘sudah bermula’ selepas Bruno Fernandes dan Harry Maguire memberikan inspirasi untuk menebus kekalahan pasukan mereka dengan mencatat kemenangan 4-1 ke atas Newcastle United kelmarin.

Pasukan bimbingan Solskjaer mengalami kekalahan memalukan 6-1 ke atas Tottenham semasa di Old Trafford sebelum rehat perlawanan antarabangsa.

Tetapi mereka sedikit sebanyak menebus kekalahan tersebut dengan mencatatkan kemenangan kedua dalam musim Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selepas jaringan sendiri dari Luke Shaw yang meletakkan Newcastle United di hadapan, ketua pasukan United, Harry Maguire menjaringkan gol penyamaan selepas beberapa hari sebelumnya dikritik kerana dilayangkan kad merah dalam kekalahan skuad England di Liga Negara-Negara UEFA menentang Denmark di Wembley.

Gol pertama Maguire di EPL sejak Februari merupakan titik perubahan selepas beberapa bulan yang dibayangi dengan masalah prestasi kurang memuaskan di atas padang dan kes mahkamah di Greece.

“Harry menjaringkan dan mengetuai pasukan melalui teladan. Dia menunjukkan sikap yang baik, saya sangat gembira dengannya. Dia mengharungi beberapa minggu yang sukar sejak dia kali terakhir bermain bersama kami,” kata Solskjaer. – AFP

Aksi Harry Maguire semasa menjaringkan gol pertama buat Manchester United semasa perte-muan menentang Newcastle United.- AP