Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    United kecundang, Arsenal mara

    LONDON, 4 NOV – Manchester United kelmarin gagal merampas takhta Kumpulan E Liga Europa walaupun berjaya mengalahkan Real Sociedad 1-0 di San Sebastian, manakala Arsenal berjaya mengesahkan kedudukan mereka dalam kelompok 16 terakhir.

    United bakal berdepan pasukan yang akan turun ke Liga Europa dari Liga Juara-Juara pada Februari depan dalam aksi playoff yang rumit, berkemungkinan akan berlawan dengan Barcelona atau Juventus.

    Alejandro Garnacho menjaringkan gol tunggal pada malam perlawanan di Reale Arena pada minit ke-17 dan memecahkan rekod George Best sebagai pemain United termuda bukan berasal dari England yang menjaringkan gol di Eropah pada umur 18 tahun.

    Namun the Red Devils terpaksa menyesali kekalahan mereka kepada pasukan Sepanyol itu di Old Trafford selepas gagal mendapat kedudukan teratas dalam kumpulan disebabkan kekurangan perbezaan gol.

    “Awda tak selalunya dapat apa yang awda inginkan – itulah bola sepak,” kata pengurus United, Erik Ten Hag.

    Aksi Alejandro Garnacho (tengah) semasa menjaringkan gol dalam perlawanan antara Real Sociedad dan Manchester United di Reale Arena, San Sebastian, Sepanyol, kelmarin. – AP

    “Kami menang hari ini tetapi semestinya kami kecewa kerana tidak menjaringkan dua gol kerana itulah apa yang kami perlukan.”

    Sementara itu, Arsenal tidak membuat kesilapan yang sama selepas mereka menang 1-0 mengatasi FC Zurich dan hal itu cukup untuk menidakkan PSV Eindhoven daripada merampas kedudukan teratas dalam Kumpulan A.

    Skuad kendalian Mikel Arteta itu terpaksa berusaha untuk mendapatkan tiga mata penuh dengan serangan Kieran Tierney meletakkan mereka di depan.

    Arteta terpaksa mengambil risiko dengan memasukkan Bukayo Saka dan Thomas Partey pada babak kedua walaupun akan menentang Chelsea dalam aksi Liga Premier pada Ahad ini.

    The Gunners bernasib baik apabila gol yang dijaringkan oleh Adrian Guerrero dinafikan pengadil kerana ofsaid.

    Arsenal dan Sociedad akan menyertai Fenerbahce, Real Betis, Union Saint-Gilloise, Feyenoord, Freiburg dan Ferencvaros dalam kelompok 16 terakhir. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...