Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    United kembali menyerlah, tewaskan Spurs

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 20 OKT – Erik ten Hag memuji prestasi terbaik pasukan Manchester United selepas menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 di Old Trafford.

    Fred dan Bruno Fernandes menjaringkan gol di babak kedua untuk merapatkan jurang Red Devils dengan hanya satu mata di belakang kelompok empat pasukan teratas.

    Hanya aksi cemerlang penjaga gol Hugo Lloris menyelamatkan Tottenham daripada kekalahan lebih besar sekali gus menjejaskan impian Spurs untuk meraih gelaran liga pertama sejak 1961.

    “Ia adalah persembahan terbaik pasukan musim ini. Awda lihat kami sedang mencatat perkembangan, tetapi awda dapat lihat pada minggu-minggu sebelumnya bagaimana kami bermain. Kami menjadi semakin baik. Menentang Spurs, bagi saya sebuah pasukan yang hebat, ia amat menarik untuk ditonton,” kata Ten Hag.

    Ia adalah permulaan Liga Perdana Inggeris terbaik Spurs selepas mengumpul 23 mata daripada 10 perlawanan musim ini.

    Aksi pemain Manchester United, Bruno Fernandes semasa perlawanan antara Manchester United dan Tottenham Hotspur di Old Trafford, Manchester, England, kelmarin. – AP

    Namun, selepas seri dengan Chelsea dan tewas kepada Arsenal, Conte berkata Spurs kini perlu bekerja keras untuk bersaing merebut kejuaraan.

    “Ia bukan perlawanan yang baik buat kami. Jujur saya katakan, ini bukan kali pertama untuk kami musim ini.

    “Kedudukan kami baik, tetapi setiap kami bermain dalam perlawanan besar, kami bergelut. Menentang Chelsea, kami menyamakan kedudukan di akhir permainan, tewas di Arsenal dan kepada United,” kata Conte.

    Satu-satunya pemandangan yang kurang menyenangkan buat Ten Hag adalah ketika Cristiano Ronaldo menuju ke bilik persalinan sebelum perlawanan berakhir selepas dia tidak dimasukkan sebagai pemain gantian.

    “Saya akan uruskannya besok. Saya mahu fokus kali ini kepada persembahan pasukan kami,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...