United kurang semangat – Pogba
BRIGHTON, 20 Ogos – Kapten Manchester United Paul Pogba mengakui pasukannya tidak mempunyai sikap yang sepatutnya apabila tewas 2-3 kepada Brighton susulan aksi pertahanan yang kucar-kacir. Buat kali pertama dalam tempoh hampir dua tahun, skuad Jose Mourinho bolos lebih daripada dua kali dengan ketiga-tiga gol Brighton hadir sebelum tamat separuh masa pertama menerusi Glenn Murray,

































