Sunday, October 6, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    United, Liverpool terikat tanpa gol

    LIVERPOOL, 15 Okt – Manchester United melepaskan iniasitif dalam perebutan gelaran Liga Perdana selepas seri 0-0 dengan musuh ketat Liverpool dalam satu perlawanan hambar di Anfield semalam.

    Meskipun pasukannya sebelum ini menyaingi pendahulu Manchester City, pengurus United Jose Mourinho memilih menggunakan taktik yang menghancurkan kualiti, di mana pasukannya hanya membuat satu percubaan ke arah sasaran.

    Liverpool kendalian Jurgen Klopp kini hanya menang sekali daripada lapan perlawanan, tetapi kali ini adalah persembahan lebih bertenaga di Merseyside, dengan hanya Joel Matip dan Emre Can nyaris menjaringkan gol dalam setiap separuh masa.

    Antara aksi David de Gea dalam perlawanan Liga Perdana antara Man United dan Liverpool di Anfield. – AP

    Keputusan seri tanpa gol dalam dua perlawanan antara kedua pasukan itu di Anfield mengekalkan kelebihan tujuh mata United ke atas Liverpool dalam kedudukan liga.

    Keputusan itu bermakna United gagal mencapai jumlah mata keseluruhan terbaik mereka selepas lapan perlawanan dalam kempen Liga Perdana, meskipun mereka kini sudah mengharungi tujuh perlawanan tanpa kalah menentang Reds.

    Ia bukanlah keraian yang dimahukan Klopp pada ulang tahun kedua perlantikannya sebagai pengurus Liverpool dan dia kini hanya satu mata di depan bekas pengurus Brendan Rodgers ketika ini ketika dia dipecat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda