Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    United mara ke final Europa

    MANCHESTER, 12 Mei – Manchester United terselamat daripada kekecewaan besar untuk mara ke final Liga Europa pertama mereka selepas seri 1-1 dengan Celta Vigo awal pagi tadi, melengkapkan kemenangan 2-1 menerusi agregat.

    Skuad Jose Mourinho akan bermain menentang pasukan muda Ajax dalam perlawanan akhir di Friends Arena, Stockholm pada 25 Mei, di mana mereka boleh melengkapkan koleksi trofi mereka dan mungkin lebih penting menempah tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

    Ajax mara ke pentas final Eropah mereka dalam tempoh 21 tahun meskipun tewas 3-1 di Lyon, pasukan Belanda itu mara dengan kemenangan agregat 5-4.

    Tandukan pada minit ke-17 Marouane Fellaini memberikan United pendahuluan 2-0 pada agregat, tetapi Celta mendapat satu gol menerusi Facundo Roncaglia, yang kemudian dilayangkan kad merah bersama pemain pertahanan United, Eric Bailly susulan insiden perkelahian di tengah padang.

    Pemain tengah Man United, Marouane Fellaini (dua kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam separuh akhir kedua Liga Europa di Old Trafford. – AFP
    Pemain tengah Man United, Marouane Fellaini (dua kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam separuh akhir kedua Liga Europa di Old Trafford. – AFP

    “Kami bergelut hingga akhir perlawanan dan ia adalah perlawanan terbuka hingga wisel penamat,” kata pengurus United, Mourinho.

    “Selepas 14 perlawanan kami berada di final. Jika kami memenangi Liga Europa, saya lebih daripada gembira. Ia pasti menakjubkan.”

    Ajax akan bermain dalam final pertama mereka dalam kejohanan itu sejak memenangi trofi itu pada 1992 dan final Eropah pertama sejak kalah kepada Juventus dalam Liga Juara-Juara pada 1996. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda