United persiapkan diri

MANCHESTER, United Kingdom, 15 Jan – Kebangkitan semula Manchester United yang dikendali oleh Jose Mourinho akan cuba untuk mengambil kesempatan ke atas pesaing Liverpool apabila pasukan kendalian Jurgen Klopp mengunjungi Old Trafford dalam pertembungan Liga Perdana malam ini.

United memenangi sembilan perlawanan lalu mereka terbaik sejak 11 kemenangan berturut–turut pada awal 2009-sementara Liverpool masih lagi memiliki satu perlawanan pada 2017.

Pasukan kendalian Mourinho memerlukan persembahan pertahanan kental untuk menyelamatkan keputusan seri 0-0 di Anfield apabila pasukan itu kali terakhir bertemu pada Oktober lalu, tetapi tiga bulan berlalu, pasukannya sekarang menguasai semua sudut.

“Kerana keputusan adalah lebih baik, ia menukar banyak perkara,’ kata pengurus United itu.

“Anda tahu, pada ketika itu saya memiliki masa yang kurang untuk bekerja sama dengan pemain saya, sekarang saya mempunyai sedikit lagi.

“Kami mengenali sesama sendiri, kami mempunyai cara tertentu mengenai memikirkan bola sepak, kami mempunyai cara tertentu untuk beraksi dalam bola sepak.

“Kami tidak hanya mempunyai persembahan bagus, kami juga mempunyai kegembiraan bagi keputusan yang bagus.”

Kunjungan United ke Anfield ketika berada dalam kesukaran menyaksikan mereka hanya menang dua kali dalam 11 perlawanan liga.

Tetapi mereka berada di tangga keenam bagi tempoh dua bulan, mereka menghampiri lima mata di belakang Liverpool, yang tercicir di tangga keempat selepas Tottenham Hotspur dan Arsenal mengatasi mereka semalam.

Kunci utama dalam kebangkitan semula United adalah rentak yang meningkat dari penandatanganan Paul Pogba, yang dilihat bebas sejak Michael Carrick di bawa masuk ke dalam pasukan bagi menerajui bahagian midfield. – AFP