Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    United punyai ‘lebih identiti’ di bawah Rangnick – Fernandes

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 23 FEB – Bruno Fernandes berkata Manchester United mempunyai ‘lebih identiti’ di bawah pengurus sementara Ralf Rangnick ketika mereka bersedia untuk perlawanan kalah mati pertama Liga Juara-Juara dalam tempoh tiga tahun.

    United akan berdepan Atletico Madrid dalam pusingan 16 terakhir hari ini, dengan kedua-dua pasukan mengharungi musim yang mengecewakan menuju ke perlawanan pertama di Wanda Metropolitano.

    Jurulatih Atletico, Diego Simeone berkata Rangnick sudah menjadikan United sebagai sebuah pasukan.

    “Kami berdepan salah satu pasukan terbaik di dunia,” kata Simeone pada sidang media pra-perlawanan kelmarin. “Dalam 14 perlawanan terakhir, jika tidak silap saya, mereka hanya tewas satu.”

    “Jurulatih baharu telah membawa kemantapan, kerja berpasukan, komitmen. Mereka keempat dalam liga. Mereka sengit, dinamik, berani, dengan pemain bola sepak yang hebat sepanjang masa.”

    Rangnick dilantik untuk melihat pasukan gergasi Inggeris itu sehingga akhir kempen selepas bekas pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer dipecat sebagai pengurus pada November.

    Pengurus Jerman itu hanya mencatatkan satu kekalahan Liga Perdana Inggeris (EPL), walaupun United masih ketinggalan 17 mata di belakang pendahulu EPL dan juara bertahan, Manchester City.

    Eropah menawarkan prospek kejayaan yang lebih besar untuk raja Eropah tiga kali, dengan United bertandang ke Atletico, yang sendiri sedang bergelut untuk mempertahankan kejuaraan mereka di La Liga. – AFP

    Bruno Fernandes berkata Manchester United mempunyai ‘lebih identiti’ di bawah pengurus sementara Ralf Rangnick. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...