Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    United takkan goncang Portugal

    DOHA, 21 NOV – Cristiano Ronaldo kelmarin berkata persengketaannya dengan Manchester United tidak akan memberi kesan buruk kepada skuad Portugal Piala Dunia Qatar.

    Dijadikan sebagai watak sampingan oleh United pada musim ini, bintang itu menyelar tindakan jurulatih, Erik ten Hag dalam temu bual TV.

    “Saya tidak nafikan temu bual ini, dan siri temu bual dengan pemain-pemain lain, kadangkala dapat menggugat mereka, tetapi ia tidak akan menggugat keseluruhan pasukan,” katanya.

    Ronaldo digantung daripada bermain untuk aksi Liga Perdana Inggeris antara kelabnya menentang Chelsea dengan keputusan seri 1-1 selepas enggan menjadi pemain gantian semasa bertemu Tottenham pada bulan lepas. Pemain berusia 37 tahun itu menyatakan kepada wartawan British, Piers Morgan dalam satu temu bual bahawa dia berasa seperti ‘dikhianati’ oleh Ten Hag.

    Pemenang Ballon d’Or lima kali itu kekal sebagai kapten pasukan Portugal walaupun bergelut dengan kelabnya sambil berharap akan terus bermain sehingga dia berumur 40 tahun. – AFP

    Penyerang Portugal, Ronaldo semasa sidang media di Kelab Sukan Shahaniya di Al Samriya, Barat Laut Doha. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...