United teruskan cabaran separuh akhir Liga Europa

COLOGNE, 11 OGOS – Bruno Fernandes menjaringkan gol melalui sepakan penalti pada masa tambahan ketika Manchester United berjaya menewaskan FC Copenhagen 1-0 kelmarin di pusingan suku akhir Piala Europa, yang mana format kejohanan telah diubahsuai menjadi pusingan kalah mati di Jerman disebabkan oleh pandemik koronavirus.

Pemain kebangsaan Portugal mencatat nama selaku penjaring terbaik kejohanan dengan tujuh gol musim ini ketika United bersedia untuk perlawanan separuh akhir menentang sama ada Sevilla atau Wolves, menyertai Inter Milan yang berjaya mara ke separuh akhir selepas menewaskan Bayern Leverkusen di Desseldorf.

“Kali ketiga musim ini kami berada di pusingan separuh akhir, setiap kejohanan yang kami sertai. Sangat gembira kerana kami berjaya mara ke pusingan seterusnya, kami layak di atas kemenangan malam ini,” menurut pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer memberitahu BT Sport.

“Penjaga gol mereka beraksi dengan hebat, sukar dipercayai. Percubaan kami terkena tiang beberapa kali, ada bebe-rapa keputusan VAR yang tidak menyebelahi kami. Perlawanan tersebut mungkin berakhir dengan sepakan penentuan penalti. Mereka memberikan kami tentangan yang hebat.”

Keseluruhan baki perlawanan Liga Europa bermula dari suku akhir dan seterusnya pada musim ini akan diadakan tanpa kehadiran peminat di keseluruhan empat venue – Cologne, Duisburg, Dusseldolf dan Gelsenkirchen – dalam format yang unik disebabkan oleh pandemik selama lima bulan. Solskjaer menurunkan semula Fernandes, Paul Pogba, Marcus Rashford, Mason Greenwood dan Anthony Martial tetapi pasukan yang menjuarai kejohanan pada 2017 itu bergelut pada awal permainan, dan penye-rang berusia 18 Copenhagen, Mohamed Daramy dua kali terlibat dalam memberikan tekanan ke atas pemain pertahanan United.

Greenwood berjaya menjaringkan gol buat United tetapi keputusan itu dibatalkan setelah ulangan VAR mendapati pemain remaja itu berada di kedudukan ofsaid. – AFP

Aksi Bruno Fernandes ketika membuat sepakan penalti menentang FC Copenhagen di Liga Europa peringkat suku akhir. – AP