United tumbang dalam perlawanan pertama

LONDON, 20 SEPT – Ole Gunnar Solskjaer menyalahkan kekurangan masa persediaan untuk Manchester United sebagai punca kekalahan dalam perlawanan pembukaan bagi musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Wilfried Zaha menjaringkan dua gol menentang bekas kelabnya untuk memberikan Crystal Palace kemenangan 3-1 di Old Trafford kelmarin.

United menamatkan musim 2019/2020 lebih kurang sebulan yang lalu disebabkan oleh penyertaan mereka dalam Liga Eropah separuh akhir dan hanya menjalankan latihan pra musim mereka dua minggu yang lalu.

“Kita boleh saksikan kami kurang cergas dan mereka berhak meraih lebih mata. Mereka lebih tajam berbanding kami dalam cabaran,” kata Solskjaer.

“Anda tidak akan berasa terkejut kami tidak berada di prestasi terbaik kami kerana ia adalah permainan pertama kami sejak pertengahan Ogos. Kami mempunyai musim yang singkat dan pelik. Kami perlu memperbaiki diri dan kami perlu bangkit segera”.

United menamatkan musim lalu dengan mencatat 14 perlawanan tanpa tewas di EPL untuk menduduki tangga ke-3 dan meningkatkan harapan untuk menjadi pencabar kepada Liverpool dan Manchester City musim ini.

Reaksi Wilfried Zaha meraikan gol bersama rakan sepasukan semasa menentang Manchester United di Old Trafford. Ole Gunnar Solskjaer menyalahkan kekurangan masa persediaan sebagai punca kekalahan dalam perlawanan pembukaan mereka kelmarin. – AP

Tetapi realitinya mereka tidak hanya boleh bergantung pada pemain baharu mereka, Donny Van de Beek, yang menjaringkan gol dalam perlawanan sulungnya, untuk bersaing tempat teratas liga.

“Jika anda melihat pemain-pemain kami yang berada di atas padang dan di bangku simpanan hari ini, kami perlu melihat keadaan pasukan terlebih dahulu dan mengetahui kami perlu membuat persembahan yang lebih baik,” tambahnya.

“Kami sentiasa cuba untuk memperbaiki diri jika ada sesuatu yang ditawarkan dengan hargah yang berpatutan. Tetapi kami boleh melihat di dalam pasukan kami sendiri pada hari ini”.

Palace kini mencatatkan dua kemenangan pertama mereka dalam EPL pada masa ini dan kemenangan kedua ketika menentang United di tempat lawan.

“Apabila kami memiliki bola, saya rasa kami boleh menjadi berbahaya dan mengancam, jadi kami tidak hairan mampu menjaringkan tiga gol,” kata pengurus Palace, Roy Hodgson. – AFP