United tumbang di tangan villa

MANCHESTER, 26 SEPT – Bruno Fernandes gagal menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan ketika Cristiano Ronaldo menyaksikan kekalahan pertama Manchester United 1-0 di laman sendiri menentang Aston Villa di Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin.

Pemain pertahanan Villa, Kortney Hause menjadi wira buat pasukan pelawat selepas tandukan melepasi penjaga gol United, David De Gea pada minit ke-88 untuk mencatat kemenangan pertama pasukannya menentang United semenjak 2009.

Tetapi Hause dipersalahkan kerana menyentuh bola pada masa kecederaan ketika United cuba menyelamatkan satu mata di Old Trafford.

Fernandes, yang sering mengambil sepakan penalti dalam kesemua perlawanan menentang Villa. Namun percubaannya melambung tinggi.

“Bruno ialah seorang yang mempunyai mental yang kuat, namun hari ini dia tidak berjaya untuk menjaringkan gol,” kata pengurus United sewaktu perlawanan tamat, Ole Gunnar Solskjaer.

Reaksi pemain Manchester United, Bruno Fernandes selepas gagal menjaringkan gol penalti dalam Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa kelmarin. – AP

Solskjaer berkata pemain Villa ‘mengerumuni Bruno’ di dalam kawasan penalti, tetapi dia tegas mengkritik pengadil perlawanan dengan gol dijaringkan oleh Hause. Menurutnya, penyerang Aston Villa, Ollie Watkins berada dalam posisi ofsaid.

United membuat 28 percubaan tetapi hanya empat daripadanya tepat kepada sasaran dan buat pertama kali United gagal untuk menjaringkan gol di laman sendiri dalam 16 perlawanan.

Ini merupakan kekalahan pertama bagi United dalam musim EPL dan selepas disingkirkan dari Piala Liga semasa pertengahan minggu. Pasukan tersebut beroleh 13 mata selepas enam perlawanan.

Pemain pertahanan United, Harry Maguire dan Luke Shaw menamatkan perlawanan dengan mengalami kecederaanketika

ketika pasukan tersebut akan menuju ke Liga Juara-Juara pada hari Rabu ini menentang pasukan dari Sepanyol, Villarreal.

“Mereka akan menjalani ujian sebelum keputusan dibuat sama ada mereka mampu beraksi atau tidak untuk perlawanan di Liga Juara-Juara,” kata Solskjaer. – AP