Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    United tundukkan Spurs, CR7 pecah rekod baharu

    MANCHESTER, 13 MAC – Ralf Rangnick mengakui menguruskan Cristiano Ronaldo adalah ‘mencabar’ selepas pemain berusia 37 tahun ini meledak hatrik untuk membantu pasukan membenam Tottenham 3-2 dan menghidupkan peluang Manchester United untuk bermain di Liga Juara-Juara musim hadapan.

    Pemenang Ballon d’Or lima kali itu hanya menjaringkan satu gol dalam 10 penampilan terdahulu, tetapi tiga penyudah memukau telah menjadikannya dia sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak profesional lelaki menurut rekod FIFA, dengan 807 gol untuk kelab dan negara.

    Tempoh kedua Ronaldo di Old Trafford terbukti sebagai anti-klimaks dengan prestasi hambar mencetuskan perdebatan mengenai kemampuan yang semakin menurun.

    Dia terlepas aksi pertemuan menentang seteru sebandar, Manchester City hujung minggu lalu dan dikritik kerana kurang komited selepas dia terbang ke Portugal untuk menjalani pemulihan pinggul berbanding menyaksikan rakan sepasukannya tewas 4-1 di Etihad selepas laporan mengatakan dia digugurkan oleh Rangnick meskipun dia cergas.

    “Ia adalah cabaran dengan pemain seperti dia tetapi dia hari ini menunjukkan dia masih mempunyai kualiti untuk bermain bersama Manchester United,” kata Rangnick. “Dia adalah sebahagian daripada pasukan dan jika dia ingin berjaya kami perlu melakukannya bersama-sama.”

    “Hari ini adalah persembahan terbaiknya, sekurang-kurangnya sejak saya tiba di sini.

    Bukan setakat dia menjaringkan tiga gol, tetapi dia turut bertenaga dan menjadi sebahagian daripada pasukan apabila kami perlu bertahan. Persembahan hebat daripadanya, dan juga keseluruhan pasukan.”

    Kemenangan itu melonjakkan United ke tangga keempat, meskipun mereka hanya dua mata di hadapan Arsenal yang mempunyai kelebihan empat perlawanan.

    Kekalahan kelima dalam lapan perlawanan liga menjadi satu lagi cabaran buat harapan Tottenham untuk mengejar kedudukan keempat dan ketika ini mereka kekal di tangga
    ketujuh, lima mata mengejar United. – AFP

    Aksi Ronaldo menjaringkan gol pembukaan untuk Manchester United semasa pertemuan menentang Tottenham Hotspur di Liga Perdana Inggeris pada 12 Mac 2022.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...