Universal Studio China dibuka kepada pelawat khas

BEIJING, 1 SEPT – Pelawat diberi peluang untuk melihat taman tema Universal Studios di China hari ini apabila taman tarikan di Beijing itu mengadakan pelancaran tidak rasminya.

Taman itu mempunyai tarikan yang menerima inspirasi daripada francais filem blokbuster termasuk Harry Potter dan Jurassic World dan merupakan sebahagian daripada resort bertemakan Universal yang lebih besar yang termasuk dua hotel dan gedung membeli-belah.

Pelancaran tidak rasmi pada hari ini hanya dibuka kepada pelawat yang mempunyai jemputan korporat khas.

Taman itu menjanjikan pertunjukan air dan pertemuan dengan dinosaur, sementara kamera pengecaman wajah membenarkan pelawat membuka lokar simpanan, membayar makanan serta menyertai barisan ekspres untuk aktiviti tanpa tiket fizikal.

Taman tarikan Beijing, taman konglomerat media Amerika Syarikat kelima di seluruh dunia, pertama diumumkan pada 2014 selepas menerima kelulusan daripada pihak berkuasa China. Bnadar itu telah membuka sebuah stesen kereta api bawah tanah khas untuk taman itu.

Pencarian taman tema di laman tempahan perjalanan yang popular Ctrip meningkat lebih daripada 800 peratus pada Isnin selepas tarikh pembukaan diumumkan, lapor media negeri. – AFP

Orang ramai berbaris untuk memasuki taman tema Universal Studios Beijing atas jemputan khas di Beijing kelmarin, sebelum pembukaan rasminya pada 20 September. – AFP