Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Universiti Afghanistan dibuka semula, wanita masih ditegah

    KABUL, 6 MAC – Pelajar lelaki kembali ke kelas mereka hari ini selepas universiti Afghanistan dibuka semula berikutan cuti musim sejuk tetapi wanita tetap ditegah oleh pihak berkuasa Taliban.

    Tegahan universiti merupakan salah satu daripada beberapa sekatan yang dikenakan ke atas wanita sejak Taliban kembali berkuasa pada Ogos 2021 dan telah mencetuskan kemarahan global termasuk di seluruh dunia Islam.

    “Sungguh menyayat hati melihat budak lelaki pergi ke universiti sedangkan kami terpaksa tinggal di rumah,” kata Rahela, 22, dari wilayah tengah Ghor.

    “Ini merupakan diskriminasi jantina terhadap kanak-kanak perempuan kerana Islam membenarkan kita melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Tiada siapa yang harus menghalang kita daripada belajar.”

    Kerajaan Taliban mengenakan la-rangan itu selepas menuduh pelajar wanita mengabaikan kod berpakaian yang ketat dan syarat untuk ditemani oleh saudara lelaki dan dari kampus.

    Kebanyakan universiti telah pun memperkenalkan pintu masuk dan bilik darjah yang diasingkan jantina, serta membenarkan wanita hanya diajar oleh profesor wanita atau lelaki tua.

    “Sangat menyakitkan untuk melihat beribu-ribu kanak-kanak perempuan dilucutkan pendidikan hari ini,” Mohammad Haseeb Habibzadah, seorang pelajar sains komputer di universiti Herat, memberitahu AFP.

    “Kami cuba menangani isu ini dengan bercakap kepada pensyarah dan pelajar lain supaya ada cara di mana lelaki dan perempuan boleh belajar dan maju bersama.”

    Ejatullah Nejati, seorang pelajar kejuruteraan di Universiti Kabul, yang terbesar di Afghanistan, berkata ia merupakan hak asasi wanita untuk belajar.

    “Walaupun mereka menghadiri kelas pada hari berasingan, ia tidak menjadi masalah.
    Mereka mempunyai hak untuk mendapat pendidikan dan hak itu harus diberikan kepada mereka,” kata Nejati ketika memasuki kampus universiti itu. – AFP

    Pelajar lelaki menghadiri kelas sains komputer mereka selepas universiti dibuka semula di Kabul. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...