Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Universiti Curtin M’sia, pilihan terbaik pelajar antarabangsa

    MIRI – Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) terus dipandang tinggi dalam kalangan pelajar-pelajar antarabangsa, di mana baru-baru ini, universiti tersebut

    berada dalam kalangan tiga universiti teratas dunia untuk pendidikan antarabangsa oleh Studyinternational.com, sebuah portal pendidikan global terkemuka yang menyediakan maklumat kepada pelajar-pelajar yang ingin belajar di luar negara.

    Dalam sebuah artikel yang dipaparkan dalam portal tersebut yang bertajuk ‘Universiti yang mengimbangi kecemerlangan dengan pengalaman pelajar yang tiada tandingan,’ Curtin Malaysia digambarkan berada di lokasi yang ideal di Malaysia yang dikelilingi dengan taman negara yang ditanam semula jadi dan kawasan pantai-pantai yang menakjubkan serta sebuah institusi pendidikan di mana para pelajar boleh mendapat pendidikan bertaraf dunia dengan bantuan daripada pelajar-pelajar cemerlang.

    Manakala dua lagi universiti teratas dalam pilihan portal itu ialah Universiti California di Amerika Syarikat dan Universiti Otago di New Zealand. Pro Naib Canselor, Curtin Malaysia, Presiden dan Ketua Eksekutif, Profesor Jim Mienczakowski berkata bahawa kedudukan itu sedikit sebanyak memberikan satu inspirasi yang baik untuk melihat Curtin Malaysia terus diiktiraf sebagai sebuah institusi terbaik di dunia.

    Curtin Malaysia adalah antara empat universiti terkemuka di dunia yang menyediakan sistem pendidikan yang terbaik sekali di dunia pada September lalu. Profesor Mienczakowski berkata, “Sebagai sebuah kampus antarabangsa terbesar di Asia, kini kami mengorak langkah untuk dikenali di peringkat global. Curtin telah diiktiraf sebagai sebuah universiti global dan telah menduduki tangga teratas dalam sistem akademik universiti dunia. Di Malaysia, kami juga menduduki tangga teratas dalam sistem penarafan SETARA dan D-SETARA.”

    Pro Naib Canselor, Curtin Malaysia, Presiden dan Ketua Eksekutif, Jim Mienczakowski.

    Kedudukan teratas dunia

    Beliau juga menambah bahawa Curtin Malaysia juga turut menawarkan pendidikan bertaraf dunia malah sijil-sijil Curtin turut diiktiraf di seluruh dunia. Selain itu universiti ini juga menawarkan kepada pelajar-pelajar untuk meneroka dan menimba ilmu pengetahuan selaras dengan pengkajian antarabangsa. Sesuai dengan lokasinya yang terletak di Pulau Borneo yang eksotik dengan pelbagai peluang pengembaraan, budaya, komuniti dan warisan, universiti ini telah berjaya menarik pelajar-pelajar antarabangsa daripada 50 buah negara.

    “Borneo sangat sesuai untuk pelajar-pelajar antarabangsa. Bukan sahaja mereka boleh belajar untuk memenuhi keperluan pembelajaran mereka malah mereka juga berpeluang untuk mendalami lagi budaya dan juga tradisi masyarakat setempat sekali gus memperbanyakkan lagi ilmu pengetahuan dan kepakaran ‘Interpersonal’ yang akan member faedah dan manfaat kepada mereka seumur hidup,” kata Profesor Mienczakowski lagi.

    Curtin Malaysia menawarkan pelbagai kursus sarjana dan pasca sarjana seperti dalam kejuruteraan, sains, perniagaan dan kemanusiaan, serta pelbagai lagi program-program asas. Kursus-kursus yang ditawarkan ini juga diterapkan dalam pendidikan induk di Perth, Australia malah para pelajar sarjana mempunyai pilihan untuk melanjutkan pelajaran di Australia pada bila-bila masa sahaja untuk menambah lagi satu dimensi pengalaman antarabangsa.

    Selain itu, kebanyakan kursus-kursus yang ditawarkan diiktiraf oleh badan professional di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa, termasuk jurutera Australia dan Majlis Akreditasi Kejuruteraan Malaysia untuk kursus kejuruteraannya dan Persatuan Pendidikan Lanjutan dalam Bidang Perniagaan (AACSB) dan beberapa lagi badan pendidikan antarabangsa yang lain.

    Hubungan yang kuat antara Curtin Malaysia dengan beberapa buah industri, perniagaan dan komuniti yang lebih luas terus meningkatkan proses pembelajaran malah memberikan peluang untuk para pelajar untuk melakukan penyelidikan, bersepadu dan bekerjasama.

    Berpangkalan di Bristol, Sydney dan juga Kuala Lumpur, Studyinternational,com menyediakan bantuan dan maklumat asas yang menghubungkan pelajar dengan rangkaian-rangkaian universiti global. Para pelajar boleh menggunakan sumber maklumat ini untuk mencari universiti dan kursus di seluruh dunia, membaca berita-berita terkini tentang pelajar antarabangsa sekali gus menghubungi pegawai pelajar antarabangsa tentang apa-apa yang berkaitan dengan pendidikan antarabangsa.

    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Curtin Malaysia, anda boleh mengunjungi laman sesawang, www.curtin.edu.my dan media-media sosial universiti berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda