Monday, February 6, 2023
22.7 C
Brunei

-

Universiti Edinburgh anjur taklimat pengajian

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JAN – Ibu bapa dan pelajar-pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke luar negara terutamanya di universiti di Scotland berpeluang untuk mendapatkan maklumat mengenai destinasi pengajian tinggi berkenaan menerusi sesi taklimat oleh The University of Edinburgh di Pejabat Findlay, Gadong, kelmarin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Findlay, di sini, taklimat dikendalikan oleh International Recruitment Manager, South East Asia and Australasia, University of Edinburgh, Louise Zeelenberg.

Dalam taklimat itu, Louise Zeelenberg mengongsi universiti yang terletak di bandar raya Edinburgh berkenaan, mempunyai tiga kolej yang dibahagikan kepada 21 buah sekolah di mana kesemuanya adalah aktif dalam penyelidikan. Ia mempunyai lebih 400 program ijazah sarjana muda, 300 program lepasan graduan serta 135 bidang penyelidikan yang meliputi disiplin akademik yang meluas.

Universiti itu, tambahnya, merupakan destinasi popular bagi bakal-bakal calon yang mempunyai profil akademik yang kuat.

Beliau menambah, pengalaman pelajar di universiti berkenaan ditingkatkan lagi dengan pelbagai kelab pelajar di mana terdapat lebih 350 kelab pelajar dan 65 buah kelab sukan yang dikendalikan oleh pelajar.

Mereka yang tidak berpeluang untuk menyertai taklimat itu, boleh menghubungi Findlay untuk maklumat lanjut.

Antara yang menghadiri taklimat dikendalikan Louise Zeelenberg di Pejabat Findlay kelmarin. – Gambar serahan Findlay
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -