Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Universiti Malaysia alu-alukan pelajar Brunei

    Oleh Lyna Mohamad

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Dengan sekatan-sekatan COVID dan keperluan kuarantin dilonggarkan, Malaysia kekal menjadi salah satu pilihan pelajar-pelajar antarabangsa terutamanya dari Brunei untuk melanjutkan pengajian.

    Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah berkata demikian semasa majlis pelancaran Pameran Pendidikan Study in Malaysia di Hotel Centrepoint, Gadong, kelmarin.

    Tuan Yang Terutama berkata, acara sehari yang dianjurkan oleh Education Malaysia Global Services (EMGS) merupakan kerjasama strategik bersama Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei.

    Dianjurkan secara fizikal selepas dua tahun diadakan secara maya disebabkan wabak COVID, pameran berkenaan menyediakan maklumat untuk para pelajar, guru-guru dan ibu bapa di Brunei mengenai pengajian tinggi di Malaysia.

    Sebanyak 14 universiti terkemuka di Malaysia menyertai pameran berkenaan iaitu Raffles University, Imperium International College, Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), Management and Science University (MSU), Taylor’s University, Universiti Malaya (UM), Manipal International University, Sunway University dan SEGI College KL.

    Turut serta adalah Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

    TYT Dato’ Raja Reza mengunjungi salah satu petak pameran.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...