VLADIVOSTOK, 12 NOV – Universiti Teknologi Rusia (RTU) telah membangunkan kenderaan bawah air tanpa pemandu bersaiz kecil autonomi yang boleh menyelam sehingga 100 meter dan melakukan kerja kecemasan dan pembaikan, lapor media tempatan kelmarin.
Menurut perkhidmatan akhbar universiti itu, pakar RTU membangunkan dron bawah air, bernama BPA-MIREA-T. Berat peranti itu hanya 3kg dan boleh beroperasi pada suhu antara -5 hingga 45 darjah Celsius.
Tidak seperti kenderaan tanpa pemandu dalam air yang lebih besar, BPA-MIREA-T boleh digunakan bersama kapal bersaiz kecil, seperti bot dan rakit kembung, tanpa memerlukan alat pengangkat. Ini meningkatkan mobiliti peranti dan membolehkannya melaksanakan tugas baharu, seperti bekerja di dalam badan objek yang tenggelam, termasuk kapal, kapal terbang dan kereta.
Rektor universiti, Stanislav Kudzh, menyatakan keyakinannya bahawa peralatan itu dapat dikendalikan dengan baik dalam pelbagai sektor ekonomi dan membuka jalan untuk projek yang lebih bercita-cita tinggi. – Xinhua