Universiti Waseda rasmi buka Perpustakaan Haruki Murakami

TOKYO – Universiti Waseda telah membuka Waseda International House of Literature (nama julukan Perpustakaan Haruki Murakami) pada 1 Oktober lalu. Keputusan untuk mewujudkan kemudahan baharu itu di kampus utama dicapai setelah alumni dan penulis Haruki Murakami menyimpan dan menyumbangkan karya-karya berharga dan bahan-bahan beliau yang tidak diterbitkan kepada Universiti Waseda.

Sebagai tambahan kepada karya dan sastera Murakami, kemudahan baharu itu akan juga berfungsi sebagai sebuah pusat penyelidikan bagi terjemahan dan kesusasteraan antarabangsa.

Penyelidik dan pencinta Murakami dari seluruh dunia dapat menantikan pelbagai bahan arkib yang luas seperti efemera yang berkaitan dengan penulisan dan buku skrap Murakami yang mengandungi temuramah, ulasan sastera, esei dan bahan lain yang berkaitan dengan karya Murakami.

Universiti itu berharap Waseda International House of Literature dapat membantu mempromosi dan memudahkan pertukaran global sebagaimana nama rasmi bagi kemudahan itu mencadangkan dan berharap dapat mewujudkan sebuah rumah kesusasteraan kosmopolitan dengan dan untuk semua orang. – Bernama

Seorang wartawan melihat semasa tinjauan media Perpustakaan Haruki Murakami. – AFP
Pandangan umum The Waseda International House of Literature, juga dikenal sebagai Perpustakaan Haruki Murakami, di Universiti Waseda di Tokyo. – AFP