Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    UNN menambah baik akses, kembangkan rangkaian

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Syarikat Unified National Network (UNN) sedang menjalankan projek penambah baik akses dan pengembangan rangkaian di kawasan-kawasan pedalaman di mana projek itu dibahagikan kepada enam fasa yang akan meliputi beberapa lokasi di seluruh negara.

    Penerangan itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah ketika menjelaskan persoalan mengenai penambahbaikan sistem pembelajaran talian internet pelajar yang diutarakan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Tahamit bin Haji Nudin semasa permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara (MMN), kelmarin.

    Yang Berhormat Dato menyatakan fasa pertama meliputi Kuala Abang, Menengah Lamunin dan Bukit Baru yang telah dimulakan pada 2021 dengan pemasangan kabel fiber sepanjang 12.35 kilometer dan akan siap dilaksanakan pada suku pertama 2022.

    Fasa kedua akan menyaksikan pelaksanaan pemasangan kabel fiber sepanjang 54.4 kilometer bagi menampung beberapa kawasan di semua daerah termasuk Kampung Batang Mitus, Sungai Pantai Labi, Bangkau dan Batang Duri dijangka siap pertengahan 2022 dan fasa ketiga dijangka siap pada suku keempat tahun ini, fasa keempat pada suku ke-dua 2023, fasa kelima pada suku keempat 2023 serta fasa keenam pada suku kedua 2024.

    Beliau berharap dengan penambahbaikan itu, lebih ramai penduduk umum termasuk pelajar-pelajar yang menjalani pembelajaran secara maya akan dapat mengakses rangkaian komunikasi yang lebih lancar.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa memberi penerangan di permesyuaratan MMN di Dewan Majlis. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...