UNODC: Penipuan produk kesihatan palsu, tidak berdaftar meningkat

VIENNA, 8 JULAI – Nyawa masyarakat dunia kini terancam berikutan peningkatan jualan ubat-ubatan dan produk kesihatan palsu atau tidak menepati piawaian termasuk penutup mulut dan hidung serta cecair pembasmi kuman, disebabkan pandemik COVID-19.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Jenayah dan Dadah (UNODC) berkata kumpulan penjenayah terancang mengeksploitasi ketakutan orang ramai yang terdesak mencuba apa saja bagi menghindari jangkitan virus itu.

Pengarah Eksekutif UNODC, Ghada Waly, berkata ketidaktentuan mengenai pandemik itu menyebabkan permintaan bagi projek berkenaan terus meningkat dan akibatnya, penipuan turut berleluasa.

“Malah, selepas ini kita jangkakan penjenayah akan mengubah taktik mereka kepada penyeludupan vaksin atau pembuatan vaksin palsu sebaik ia dihasilkan berikutan sudah ada permintaan tinggi baginya.” – AFP