Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    UNRWA bergelut dapatkan dana untuk Palestin

    GAZA, 24 FEB – Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA) kini menempuh fasa sukar bagi membiayai perkhidmatan terhadap pelarian Palestin, lapor Xinhua.

    “UNRWA dalam usaha memperoleh AS$1.6 bilion daripada masyarakat antarabangsa untuk menampung perbelanjaan, menyediakan perkhidmatan dan pro-gram pembangunan kemanusiaan untuk pelarian Palestin,” pengarah operasi UNRWA di Semenanjung Gaza, Thomas White berkata kepada pemberita di pejabatnya di Gaza kelmarin.

    Agensi tersebut telah meminta sejumlah AS$288 juta sebagai bantuan sokongan segera yang akan diperuntukkan untuk program membabitkan sekolah, klinik dan pusat kesihatan. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...