Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    ‘Unsur sabotaj’ ganggu perkhidmatan kereta api

    BERLIN, 9 OKT – Pihak berkuasa Jerman memaklumkan unsur ‘sabotaj’ telah mengakibatkan gangguan perkhidmatan kereta api pada Sabtu.

    Perkhidmatan kereta api dihentikan selama hampir tiga jam di utara negara itu ‘kerana unsur sabotaj kabel,’ lapor Agensi Anadolu memetik pengendali kereta api Jerman Deutsche Bahn (DB).

    Menteri Dalam Negeri, Nancy Faeser berkata siasatan terhadap insiden berkenaan telah dilancarkan. Beliau berkata kabel yang digunakan untuk operasi kereta api di dua lokasi telah terputus.

    Gangguan tersebut menyebabkan beribu-ribu penumpang terkandas di stesen kereta api di utara Jerman.

    Menurut DB, “Kerosakan tersebut disebabkan masalah sistem komunikasi radio kereta api digital yang menjadi elemen penting dalam menjamin kelancaran perkhidmatan kereta api”. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...