Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Unta sarkas lari ke padang golf tentera Australia

    SYDNEY, 11 Julai – Seekor unta sarkas (gambar) yang lari telah mengakibatkan huru-hara lalu lintas dan menceroboh masuk ke padang golf tentera sebelum polis Australia menangkapnya semula kelmarin. Pengguna jalan raya ketika waktu sibuk di bandar Darwin Northern Territory terpaksa untuk mengelak haiwan itu semasa polis memburunya ke Kelab Golf Darwin Pasukan Udara Diraja Australia, di tempat ia telah dikepung.

    “Ia telah mengakibatkan kacau bilau di lalu lintas beberapa minit ketika ia lari ke beberapa batang jalan,” kata Superintenden Polis, Rob Burgoyne.

    Para saksi menggambarkan kejadian itu sebagai ‘ganjil’ ketika percubaan untuk menjinakkan haiwan berkenaan.

    “Saya hanya berjalan dan terdengar seorang lelaki menjerit kepada yang lain ‘jangan lari atau unta akan lari lagi’,” kata Meng-Hsuan Lee memberitahu Syarikat Penyiaran Australia.

    “Apabila mereka cuba untuk menangkapnya, unta tersebut mula lari dan menuju ke jalan.”

    Polis mengakui dalam catatan Facebook bahawa insiden itu telah menunjukkan sesuatu yang luar biasa.

    “Kelihatannya anggota lelaki dan wanita dari Polis NT juga mempunyai bakat tersembunyi dalam menumpaskan unta itu selepas mereka berjaya menjejaki, menangkap dan menyerahkannya semula kepada kakitangan sarkas,” ujarnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda