Untuk Durant – Warriors

OAKLAND, 12 JUN – Menjadikan kecederaan rakan sepasukan, Kevin Durant, sebagai inspirasi dan berdepan perlawanan emosi mesti menang, Golden State Warriors kini bergantung pada kecekalan dan semangat juang untuk kekal bersaing dalam Final NBA.

Juara bertahan Golden State, memburu kemenangan gelaran ketiga berturut-turut dan keempat dalam lima musim, melayan Toronto bagi perlawanan keenam Jumaat ini dengan memerlukan kemenangan bagi menyamakan kedudukan 3-3 dan memaksi bagi perlawanan ketujuh di Toronto.

“Kami perlu mempunyai semangat juang dalam diri bagi satu lagi 48 minit untuk kekal bernyawa,” kata bintang Warriors, Stephen Curry.

Durant, Pemain Paling Bernilai Final NBA 2017 dan 2018, direhatkan selama sebulan disebabkan kecederaan kaki sebelum kembali beraksi pada perlawanan kelima, hanya mendapati dirinya mengalami satu lagi kecederaan pada buku lali kanan, di mana dia memerlukan bantuan untuk meninggalkan gelanggang.

Aksi kembali yang singkat buat bintang berusia 30 tahun itu, yang membantu Warriors mara ke playoff dengan 34.2 mata bagi setiap perlawanan, telah memberikan motivasi tambahan bagi rakan sepasukannya yang melihat Durant memberikan segala-galanya bagi meraih kejuaraan buat pasukan.

“Kami akan penuh bersedia di depan Oracle Arena dan dengan atmosfera yang hebat serta peluang bermain untuknya, satu penghormatan atas pengorbanannya untuk pasukannya,” kata Curry. “Kami akan memberikan segala-galanya. Kami akan berjuang. Kami akan memberikan saingan sengit.” – AFP

Reaksi kecewa Kevin Durant ketika meninggalkan gelanggang selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan di antara Warriors dan Raptors. – AP