Untung Samsung Electronic merosot 56 peratus

SEOUL, 8 OKT – Samsung Electronic berkata hari ini ia menjangka keuntungan operasinya merosot lebih daripada 50 peratus dalam suku ketiga tatkala ia bergelut dengan kemelesetan berpanjangan dalam pasaran cip global.

Keuntungan operasi untuk tempoh Julai hingga September diramalkan mencecah 7.7 trilion won, merosot 56.2 peratus berbanding setahun sebelumnya, kata pengeluar telefon pintar dan cip memori terbesar di dunia dalam satu kenyataan.

Ia menandakan suku keempat berturut-turut di mana syarikat teknologi Korea Selatan itu mencatat kemerosotan keuntungan ketika menghadapi kemerosotan harga semikonduktor dan permintaan lemah untuk peranti telefon bimbitnya.

Jualan untuk suku ketiga dijangka mencecah kira-kira 62 trilion won, merosot 5.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Samsung menangguh keuntungan bersih dan prestasi perniagaan sektor-demi-sektor sehingga ia mengeluarkan laporan pendapatan akhirnya, yang dijangka pada akhir bulan ini.

Saham Samsung naik 2.4 peratus di Seoul apabila ramalan keuntungan operasi mengatasi jangkaan. – AFP

Samsung’s Galaxy Fold 5G smartphone is displayed at a telecom shop in Seoul on October 8, 2019. – Samsung Electronics said on October 8 it expected operating profits to drop more than 50 percent in the third quarter amid a continued slump in the global chip market. (Photo by Jung Yeon-je / AFP)