BEIJING, 8 Feb – Yum China, operator syarikat makanan segera KFC, Pizza Hut dan Taco Bell di negara ini mengatasi jangkaan pendapatan dalam laporan pertamanya sejak berpisah daripada syarikat induk AS.
Firma itu berkata keuntungan operasi untuk tahun 2016 mencecah AS$640 bilion di China, meningkat 31 peratus berbanding 2015 apabila ia merupakan unit Yum Brands.
Pertumbuhan dicatat tatkala Yum menambah 575 restoran baru pada tahun itu, dengan lebih separuh datang dalam tiga bulan terakhir, membawa jumlahnya kepada lebih 7,500 di negara.
“Kami percaya majoriti restoran kami di China masih belum dibina,” kata CEO Micky Pant dalam satu kenyataan yang disiar bersama keputusan semalam. “Buat masa sekarang, keutamaan kami adalah memberikan pertumbuhan jualan positif.”
Jualan restoran sama berkembang tiga peratus di KFC tetapi prestasi Pizza Hut merosot tujuh peratus, tambahnya. – AFP