Friday, February 3, 2023
23.7 C
Brunei

-

UOBAM Brunei hulur sumbangan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – UOB Asset Management Brunei (UOBAM Brunei) telah bekerjasama dengan Foodlife untuk menyumbangkan pakej makanan kepada keluarga yang kurang berkemampuan dalam komuniti setempat.

Pengagihan sumbangan berupa minyak masak, beras wangi, makanan dalam tin, telur, bahan masakan lain dan banyak lagi telah diadakan baru-baru ini di kawasan tadahan Kampung Subok, dan beberapa kawasan perumahan lain.

Foodlife adalah inisiatif tempatan yang telah bermula pada Mac 2020 untuk menyokong usaha negara dalam membantu masyarakat yang kurang berkemampuan di negara ini.

Antara lain tujuan inisiatif berkenaan adalah untuk melengkapkan program sedia ada oleh kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan orang ramai bagi membantu masyarakat yang kurang berkemampuan dan memerlukan melalui penyediaan pek makanan dan keperluan asas.

Keluarga yang menerima sumbangan yang telah dikenal pasti melalui ketua kampung, badan bukan kerajaan dan hospital kerajaan.

Pengurus Besar UOBAM Brunei, Awang Kamal bin Haji Muhammad melahirkan perasaan gembira kerana dapat bekerjasama dengan perusahaan sosial tempatan seperti Foodlife untuk menyumbang kepada komuniti.

“Sumbangan makanan kepada masyarakat adalah sebagai komitmen untuk memerangi kelaparan dan memastikan keselamatan makanan untuk komuniti,” tambah beliau.

Aktiviti berkenaan bertujuan untuk menyokong Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDGs) bagi sifar kelaparan dan penggunaan dan pengeluaran bertanggungjawab.

Ia adalah sebahagian daripada inisiatif serantau yang lebih meluas di mana semua pejabat UOBAM mengambil bahagian.

Gambar ramai semasa pengagihan sumbangan yang dikendalikan oleh UOBAM Brunei dan Foodlife. – Gambar serahan UOBAM Brunei
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hong kong tawarkan penerbangan percuma selepas COVID

HONG KONG, 2 FEB - Hong Kong bersedia untuk mengalu-alukan kembali pengunjung dari seluruh dunia, kata pemimpinnya hari ini, ketika dia mengumumkan penerbangan percuma...

Korea Utara beri AS amaran

- Advertisment -